Apakah Itu Program i-MACHEL?
Program ini dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan dan aktiviti interaktif yang menarik
Penyertaan ibu bapa dalam program ini adalah secara atas talian sepenuhnya tanpa melibatkan pertemuan bersemuka
Program Intervensi i-MACHEL Dibangunkan Berasaskan:
1. Multi-teori
Teori Kognitif Sosial, Model Kepercayaan Kesihatan, dan Model Trans-teori
2. Penyampaian Multi-kaedah
pengajaran kelas interaktif untuk kanak-kanak prasekolah dan program berasaskan web untuk ibu bapa di rumah
3. Multi-lokasi
Prasekolah dan rumah
4. Multi-komponen
Diet, aktiviti fizikal, dan tingkah laku sedentari
program i-MACHEL Berdasarkan Garis Panduan Kebangsaan Semasa Iaitu:
1. Garis Panduan Pemakanan Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja (NCCFN 2013)
2. Saranan Pengambilan Nutrien untuk Malaysia (NCCFN 2017)
3. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Malaysia (KSPK 2017)
4. Panduan semasa daripada Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia
Apakah Yang Akan Anda Perolehi Daripada Program i-MACHEL?
1. Kaedah Pembelajaran Program
Bersifat pembelajaran kendiri (self-pace learning), di mana anda boleh mengakses topik-topik dalam laman web i-MACHEL pada bila-bila masa mengikut waktu dan jadual anda sendiri.
2. Berkomunikasi & Bertukar Buah Fikiran
Peserta dapat berkomunikasi dan bertukar buah fikiran dengan ramai peserta melalui whatsapp group dan facebook page berkaitan gaya hidup sihat kanak-kanak.
3. Resepi Anak Sihat
Menyediakan pelbagai resepi makanan sihat untuk kanak-kanak
4. Program Percuma
Program adalah percuma sepenuhnya tanpa ada sebarang bayaran yang akan dikenakan kepada peserta
5. Bahan Interaktif & Menarik
Menyediakan pelbagai bahan bacaan, infografik, bahan interaktif, video dan gambar menarik berkaitan gaya hidup sihat kanak-kanak
6. Nasihat Pakar
Konsultansi percuma daripada pakar pemakanan yang berpengalaman
7. Sijil Penyertaan
Peserta akan memperolehi sijil penyertaan di akhir program i-MACHEL
Mengapa Program i-MACHEL Penting Untuk Anak Anda?
1. Mengurangkan risiko obesiti dan Kekurangan zat
2. Mengurangkan risiko penyakit Kronik
3. Meningkatkan keyakinan diri
4. Mengurangkan keresahan dan Kemurungan
5. Memperbaiki masalah tingkah laku dan pembelajaran
Modul i-MACHEL
Program i-MACHEL mengandungi 13 modul interaktif yang berkaitan gaya hidup sihat kanak-kanak:
Apa Kata Pakar?
APA KOMEN PESERTA PROGRAM I-MACHEL?
APA KOMEN PESERTA PROGRAM I-MACHEL?
jumlah peserta, Pakar, dan modul program I-machel
Layari media sosial kami
Kongsikan di media sosial anda: