Tentang Kami

"Makanan sepatutnya menjadi ubat kepada kita dan ubat seharusnya menjadi makanan kita"

Visi

Melahirkan generasi sihat yang berpengetahuan, berkemahiran, mengamalkan nilai-nilai murni melalui gaya hidup yang sihat dan berkualiti serta melahirkan keluarga yang sihat dan cergas

Misi

Melaksanakan program promosi kesihatan yang komprehensif, berkualiti dan praktikal untuk mencegah dan mengurangkan risiko obesiti dalam kalangan kanak-kanak melalui promosi gaya hidup sihat kepada kanak-kanak prasekolah dan ibu bapa mereka

Objektif

Untuk melahirkan kanak-kanak yang mengamalkan pemakanan sihat dan melakukan aktiviti fizikal secara aktif setiap hari serta mempunyai berat badan yang optimum

Motto i-MACHEL

Sihat Milik Anakku

Slogan i-MACHEL

Generasi Sihat Bermula di Rumah

Team Pakar i-MACHEL

Y.Bhg. Prof. Dr. Ruzita merupakan Timbalan Dekan Siswazah, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah berkecimpung dalam bidang pendidikan dan penyelidikan pemakanan komuniti lebih daripada 25 tahun dan merupakan pakar bidang dalam pendidikan dan promosi Pemakanan
Prof. Dr. Ruzita Abdul Talib
Pensyarah dan Pakar Pemakanan UKM
Y.Bhg. Prof. Madya. Dr. Sharifah Wajihah Wafa merupakan Pengarah, Pusat Asasi Sains & Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin. Beliau telah berkecimpung dalam bidang pendidikan dan penyelidikan pemakanan komuniti lebih daripada 10 tahun dan merupakan pakar bidang dalam pendidikan dan promosi pemakanan
Prof. Madya. Dr. Sharifah Wajihah Wafa Syed Saadun Tarek Wafa
Pensyarah dan Pakar Pemakanan UniSZA
Y.Bhg. Dr. Nor Mazlina merupakan pensyarah kanan, Universiti Sultan Zainal Abidin. Beliau telah berkecimpung dalam bidang pendidikan dan penyelidikan lebih daripada 10 tahun dan merupakan pakar bidang dalam pengurusan dan statistik
Dr. Nor Mazlina Binti Abu Bakar @ Harun
Pensyarah UniSZA
Y.Brs. Encik Ahmad Faezi merupakan pensyarah Universiti Malaysia Kelantan. Beliau telah berkecimbung dalam bidang pendidikan dan peyelidikan pemakanan komuniti lebih daripada 5 tahun
Encik Ahmad Faezi Ab.Rashid
Pensyarah UMK

Mengapa Memilih Kami?

Khidmat Pelanggan

Mesra pengguna di mana anda boleh mendapatkan bantuan atau khidmat pelanggan pada bila-bila masa (7 hari seminggu) melalui khidmat whatsapp atau Email

Kepakaran

Konsultansi percuma bersama pakar-pakar pemakanan yang berpengalaman

Program Mudah Difahami

Program ini disampaikan dalam Bahasa Melayu dan mudah difahami oleh semua golongan dan peringkat umur (kanak-kanak dan dewasa)

Kompilasi Panduan Dan Tip

Kami menyediakan lebih daripada 40 panduan dan tip menarik berkaitan gaya hidup sihat kanak-kanak

jumlah peserta, Pakar, dan modul program I-machel

Ibu bapa
Kanak-Kanak Prasekolah
Pakar Nutrisi
Modul

Layari media sosial kami

Kongsikan di media sosial anda:

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp