Modul i-MACHEL
Program i-MACHEL direka khas untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan risiko obesiti dalam kalangan kanak-kanak prasekolah
Pada akhir program ini, objektif utama anak anda adalah:
1. Mempunyai BMI yang normal
2. Mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang setiap hari
3. Menjadi aktif secara fizikal setiap hari
4. Mengurangkan penggunaan peranti media berasaskan skrin tidak lebih daripada 2 jam sehari
Aktiviti Dan Bahan Pembelajaran Yang Digunakan Dalam Program i-MACHEL
Bahan-bahan pendidikan dalam talian seperti slaid pembentangan, infografik, video, dan gambar.
Bahan-bahan Interaktif menggunakan Web 2.0 seperti PowToon, Padlet, Quizizz, dll.
Perbincangan dan aktiviti melalui Facebook page dan WhatsApp group.
Aktiviti interaktif di prasekolah seperti permainan yang menyeronokkan, aktiviti masakan, aktiviti pendidikan makanan sihat (kad makanan sensori, peralatan masakan, poster makanan)
Maklumat Program i-MACHEL
Sila pastikan anda:
1. Menyempurnakan semua modul (1 MODUL SETIAP MINGGU).
2. Melihat dan membaca semua bahan-bahan infografik, video, gambar, dll. di setiap modul.
3. Melakukan AKTIVITI DALAM TALIAN bersama anak prasekolah anda di setiap modul.
4. Mengisi BORANG SENARAI SEMAK (google form) di akhir setiap modul.
Selamat maju jaya
Fasa 1 (Minggu 1 - 4): Modul 1 hingga 4
fasa 2 (Minggu 5 - 8): Modul 5 hingga 8
fasa 3 (Minggu 9 - 13): Modul 9 hingga 13
Kongsikan di media sosial anda: