Modul 1
Pengenalan Program i-MACHEL
1. Pengenalan program i-machel
Sila pastikan anda:
1. Melihat dan membaca semua bahan-bahan infografik, video, gambar, dll. dalam subtopik modul ini.
2. Membaca infografik PANDUAN DAN TIP dalam modul ini.
3. Melakukan AKTIVITI DALAM TALIAN bersama anak prasekolah anda dalam modul ini.
4. Mengisi BORANG SENARAI SEMAK (google form) di akhir modul ini.
- Di Malaysia, terdapat peningkatan tren malnutrisi berganda (double burden malnutrition) dalam kalangan kanak-kanak, sama ada berat badan berlebihan atau kekurangan zat makanan (kurus atau kurang berat badan).
- 29.8% kanak-kanak dan remaja (umur 5 hingga 17 tahun) di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan temasuk obes (NHMS 2019).
- Manakala, lagi 10% kanak-kanak dan remaja (umur 5 hingga 17 tahun) pula, mempunyai masalah kurus atau kurang berat badan (NHMS 2019).
- Berita baiknya ialah pemakanan seimbang dan aktif melakukan aktiviti fizikal dapat mengurangkan risiko berlebihan atau kekurangan berat badan anak anda.
Menghidapi penyakit kronik seperti:
- Kencing manis
- Tekanan darah tinggi
- Penyakit hati berlemak
- Kolesterol tinggi
Mengalami masalah sosial seperti:
- Kurang keyakinan diri
- Buli dan stigma masyarakat
- Pengasingan dan diskriminasi sosial
- Masalah tingkah laku dan pembelajaran
- Keresahan dan kemurungan
Mengalami masalah:
- Tumbesaran terbantut
- Rabun malam
- Tidak aktif
- Kurang cerdas/ tumpuan dalam pembelajaran
- Cepat letih dan selalu mengantuk
- Anemia
- Mata dan kulit kering
- Pengenalan kepada program i-MACHEL.
- Penetapan matlamat utama gaya hidup sihat anak anda.
- Halangan untuk mencapai matlamat gaya hidup sihat anak anda.
video pengenalan program I-maChel
Isi kandungan modul 1
2. Apakah itu program i-MACHEL?
Program i-MaCHeL dibangunkan bertujuan untuk mengurangkan risiko obesiti dalam kalangan kanak-kanak prasekolah melalui promosi gaya hidup sihat kepada kanak-kanak dan ibu bapa mereka
Merupakan program pendidikan kesihatan yang terdiri daripada instruksi kelas intraktif di prasekolah untuk kanak-kanak; dan program berasaskan web untuk ibu bapa di rumah
Modul program merangkumi dua komponen penting iaitu pemakanan sihat dan aktiviti fizikal aktif untuk kanak-kanak
3. Apakah objektif utama program i-MACHEL?
Mempunyai BMI yang normal
Mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang setiap hari
Menjadi aktif secara fizikal setiap hari
Mengurangkan penggunaan peranti media berasaskan skrin tidak lebih daripada 2 jam sehari
4. Adakah anak anda sudah bersedia?
Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan anak anda untuk berubah ke arah gaya hidup sihat sama ada Tidak Bersedia, Tidak Pasti, atau Sangat Bersedia. Penerangan untuk skor yang dipaparkan di setiap item boleh membantu anda untuk merancang perubahan gaya hidup sihat anak anda.
Sila berikan skor untuk anak anda dengan mencatatkan skor 0 (Tidak Bersedia) hingga 10 (Sangat Bersedia) untuk setiap item di bawah.
Berikut adalah maksud skor penentuan tahap kesediaan anak anda:
Skor | Maksud Skor |
0 – 3 4 – 7 8 – 10 | Tidak Bersedia Tidak Pasti Sangat Bersedia |
5. MENETAPKAN MATLAMAT UTAMA GAYA HIDUP SIHAT ANAK ANDA
Mengubah tingkah laku anak-anak memerlukan usaha dan komitmen yang berterusan
Oleh hal yang demikian, Kontrak Aku Janji Gaya Hidup Sihat adalah perlu untuk menunjukkan kesungguhan dan sokongan ibu bapa terhadap usaha yang akan dilakukan oleh anak prasekolah dalam melakukan perubahan gaya hidup sihat
Diharap agar kontrak ini dapat menjadi pembakar semangat kepada anak-anak untuk melakukan perubahan gaya hidup sihat
Nota: Ibu bapa akan menerima Kontrak Aku Janji Gaya Hidup Sihat ini pada minggu ke-3 program
Digalakkan untuk ibu bapa mencetak borang ini supaya dapat menjadi pembakar semangat kepada anak-anak untuk melakukan perubahan gaya hidup sihat.
Sila senaraikan TIGA matlamat yang mahu dicapai oleh anak anda pada Kontrak Aku Janji Gaya Hidup Sihat
6. Tip sihat dan aktiviti dalam talian
7. Borang senarai semak dan pengesahan selesai modul 1
Para peserta diminta untuk melengkapkan borang senarai semak (Google Forms) di bawah selepas selesai sahaja menyempurnakan modul ni. Ia sebagai pengesahan yang anda telah melengkapkan kesemua topik dan aktiviti dalam modul ini.
Melalui Google Forms ini juga, para peserta boleh membuat penilaian terhadap kandungan modul.
Kongsikan di media sosial anda: